Monday, June 15, 2015

Polis akan siasat Nazri Aziz di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan - KPNPolis akan menyiasat Datuk Seri Nazri Aziz (gambar) di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan susulan kenyataan yang dibuatnya terhadap TMJ. -Gambar fail

KUALA LUMPUR: Polis akan menyiasat Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan susulan kenyataan yang dibuatnya terhadap Tengku Mahkota Johor (TMJ) baru-baru ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui mesej WhatApp kepada Astro AWANI berkata beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Nazri dan mengesahkan pihaknya akan merekod kenyataan daripada menteri itu tidak lama lagi.

"Bukan Akta Hasutan, tetapi di bawah Seksyen 505b Kanun Keseksaan," kata Khalid ketika membetulkan laporan media awal pagi ini.

Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan itu merupakan kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang dikhuatiri mendatangkan khianat awam.


Dalam pada itu, 46 NGO kaum India di Johor telah membuat laporan polis terhadap Nazri susulan kenyataannya terhadap TMJ selain mahu menteri berkenaan menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf kepada TMJ.


ngo

Saya menyarankan agar menteri ini lebih muhasabah diri dan cermin diri kerana jawatan menteri tidak boleh digunakan sebagai alat untuk bersikap kurang ajar. 

0 comments:

Post a Comment