Sunday, June 14, 2015



Alhamdulillah. Hidayah itu milik Allah. Selepas penghijrahan aktres cantik dan terkenal Malaysia Erra Fazira mengambil keputusan untuk berhijab kini artis seangkatan dengannya iaitu Amy Mastura pula berhijrah.

Berita gembira ini disampaikan oleh jurusolek artis iaitu Alha Alfa menerusi laman sosial Instagramnya mengucapkan tahniah kepada Amy Mastura dan gembira dengan perubahan ini.


Menurut Amy, dia sudah lama berniat untuk berhijrah maka inilah permulaan harinya.
"Sudah lama saya berniat ke arah ini tapi Alhamdulillah semuanya jadi tanpa paksaan sesiapa. Saya tidak merancang tetapi ini kewajipan saya sebagai wanita Muslim.

"Ikutkan saya merancang untuk semua ini sempena mengambil keberkatan Ramadan tapi pintu hati saya terbuka lebih awal. Perkara yang baik tak perlu ditangguh tangguh.



Tahniah buat Amy. Semoga terus istiqamah. Ramai yang gembira dengan berita ini dan Amy tetap kelihatan cantik walaupun berhijab.

0 comments:

Post a Comment