Wednesday, June 17, 2015


Tunku Mahkota Johor (TMJ), Brigadier Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyelar pihak yang menyalahkan pemain Johor Darul Takzim (JDT) setiap kali pasukan kebangsaan kalah teruk.

TMJ yang juga presiden Persatuan Bola Sepak Johor (PBSJ) menasihatkan pengurusan pasukan kebangsaan agar tidak gunakan pemain JDT di masa akan datang.

"Nasihat saya kepada pengurusan pasukan kebangsaan, jangan gunakan lagi pemain pasukan JDT untuk mewakili pasukan kebangsaan pada masa akan datang.

"Sebaliknya gunalah pemain yang lebih handal dari pasukan-pasukan lain," kata TMJ melalui status Facebook JOHOR Southen Tigers.

Katanya, ada beberapa pihak telah menyalahkan pemain JDT setiap kali pasukan Harimau Malaya kalah teruk.

Sementara itu, dalam perlawanan kumpulan A kempen kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 menetang Palestin semalam, seramai tujuh pemain JDT dipilih mewakili skuad negara.

Antaranya penjaga gol, Farizal Marlias, Safiq Rahim selaku kapten, Amri Yahaya, S Kunalan, Mohammad Fadhli, Mahali Jasuli dan Safee Sali.

Dari pada jumlah itu, lima pemain disenaraikan dalam kesebelasan utama manakala dua lagi iaitu Safee Sali dan Mahali sebagai pemain gantian.

Perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menyaksikan Malaysia dibelasah 6-0 oleh Palestin.

Berdasarkan pemain yang diturunkan jurulatih Dollah Salleh itu, memperlihatkan skuad Harimau Malaya majoriti dibarisi pemain JDT

 

0 comments:

Post a Comment