Monday, June 15, 2015



KUALA LUMPUR: Berikutan kontroversi kenyataan 'whack' yang menjadi isu panas di Malaysia baru-baru ini, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata beliau bersedia bekerjasama sepenuhnya dengan pihak polis berhubung kenyataannya itu.

"Saya seorang yang berpegang pada undang-undang dan akan berdepan undang-undang.

"Setakat ini saya tidak dipanggil... belum dipanggil lagi," kata Nazri memetik laporan dari MalaysianInsider.

Nazri menjelaskan kenyataannya kepada TMJ baru-baru ini yang mengingatkan TMJ agar tidak mencampuri urusan politik negara bertujuan untuk mempertahankan Perdana Menteri DS Najib.

Menurutnya lagi, beliau kecewa apabila tindakan tersebut menyebabkannya disiasat oleh pihak polis.

Semua orang perlu tahu yang kerabat diraja lebih tinggi daripada politik dan tidak boleh didakwa di bawah Akta Hasutan.

Apabila Tunku Mahkota Johor serang Najib, tiada apa boleh dilakukan terhadapnya kerana beliau dilindungi Akta Hasutan.

"Tetapi apabila saya pertahankan Najib, saya pula kena panggil. Sekarang kita tahulah, padangnya tidak sama rata,” kata Nazri.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid berkata Nazri akan disiasat dibawah akta hasutan susulan kenyataannya terhadap TMJ.

0 comments:

Post a Comment