Saturday, June 20, 2015

..
Sebelum ini, tahap pendidikan Emma Maembong yang tidak mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pernah dikecam dan dijadikan bahan gurauan sesetangah peminatnya namun bagi Emma sendiri, perkara tersebut membawa pengertian yang lebih besar.
"Orang boleh bercakap tentang apa sahaja tetapi hakikatnya cuma saya dan keluarga yang tahu. Saya bekerja siang malam, tidak cukup tidur dan sakit pening saya. Apa yang mereka tahu dan lihat, saya pakai barang mahal dan bercuti ke luar negara”
"Sejujurnya, saya bangga untuk memberitahu, memang saya tidak mempunyai kelulusan SPM. Tanpa SPM, saya tidak pernah meminta wang daripada orang lain. Saya boleh sara keluarga, itu sudah memadai,” jelasnya seperti yang dilaporkan akhbar Kosmo!
Sementara itu, apabila diusik soal jodoh, Emma mengakui kini masih lagi dalam tempoh mengenal hati budi Kamal Adli selain mengakui Kamal adalah lelaki yang paling rapat dengannya ketika ini. Okay Emma, kami percaya

0 comments:

Post a Comment