Tuesday, July 7, 2015



PETALING JAYA: Polis akan menyiasat bagaimana Wall Street Journal (WSJ) memperoleh dokumen rahsia dari bank di dalam artikelnya yang mendakwa bagaimana dana 1MDB disalurkan kepada akaun peribadi Najib Razak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan itu akan meliputi keseluruhan termasuklah pegawai-pegawai bank dan Bank Negara Malaysia.

"Siasatan terhadap 1MDB itu satu perkara, namun kita juga akan jalankan siasatan berhubung kebocoran maklumat perbankan yang membabitkan isu itu.

"Ini kerana kita menerima banyak laporan polis berhubung kebocoran maklumat perbankan dan sekiranya perkara ini dibiarkan, ia boleh mengancam ekonomi negara," katanya pada pemberita selepas melancarkan kempen Op Selamat 7/2015 sempena Hari Raya Aidilfitri di KL Sentral, Kuala Lumpur.

Polis akan menyiasat kebocoran maklumat perbankan dibawah Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997. 

0 comments:

Post a Comment