Ohh Informasi

Searching...
Select a Page
  • Home
  • About
  • Archive
  • Comments
  • With Sub Menu
    • Sub Menu
    • Sub Menu
    • Sub Menu
    • Sub Menu
Home » »Unlabelled » Nora Danish Dapat Hadiah Rumah yang Bernilai 7.2 Juta
Wednesday, July 15, 2015

Nora Danish Dapat Hadiah Rumah yang Bernilai 7.2 Juta



"SETAHU saya dia beli rumah dan sebuah kereta mewah untuk ibunya dan ia bukan wang Nadim seorang. Ia bukan untuk saya dan saya kesian dengan dia kerana apa yang dia buat semuanya dikaitkan dengan saya," ujar aktres cantik, Nora Danish mengenai laporan beberapa media yang mengatakan kekasihnya, Nadim Mohamed Nazri membeli rumah RM7.2juta untuknya.

Nora berkata, dia berharap penjelasannya ini menjadi titik noktah dan tidak ada lagi yang mengaitkan isu pembelian rumah dan kereta mewah itu dengan dirinya.

Pelakon itu mengaku Nadim adalah lelaki yang rapat dengannya kini tetapi menegaskan dia berkawan dengan anak kepada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz itu bukan kerana harta.

"Saya tidak nafikan, sejak rapat dengan Nadim, ramai kata saya berkawan dengan dia kerana harta dan dia anak menteri.

Tetapi kalau orang boleh fikir, buat apa saya nak cari yang kaya, anak menteri, kerana pengalaman lalu banyak ajar saya.

"Apa yang saya pentingkan adalah kami selesa antara satu sama lain. Keluarga juga selesa dengan kami," jelas Nora.

Pelakon berstatus ibu tunggal itu juga menjelaskan mengapa dia memilih Nadim sedangkan terdapat khabar kurang enak sebelum ini mengenai lelaki itu, Nora mengatakan beliau sudah mengenali lelaki itu.

"Saya tahu sebelum ini dia dikenali dengan kisah peribadi, tetapi selama saya kenal dia sudah tujuh tahun, Nadim sebenarnya seorang lelaki yang baik dan suka menderma.

"Malah dia sebenarnya amat mengutamakan keluarga serta pandai melayan anaknya dan anak saya," ujar Nora.

Biarpun bersikap terbuka dengan hubungannya kali ini, Nora berkata, dia tidak mahu bercerita dengan lebih lanjut mengenai hubungan mereka, meskipun Nadim dilihat sudah mengakui bahawa Nora cukup istimewa buat dirinya.

"Saya tak mahu bercerita lebih lanjut, melainkan apabila sudah berkahwin. Tetapi itu tidak bermaksud saya akan berkahwin dalam masa terdekat ini.

"Jika dia (Nadim) mahu mengaku, itu terpulang pada dia kerana itu haknya. Tetapi bagi saya, bila sudah berkahwin barulah saya boleh bercerita segalanya," katanya mengenai tulisan Nadim yang kerap memanggilnya 'My Boo' dan 'My Love'.

Keluarga & kerjaya

Status ibu kepada Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, tidak menghalang Nora untuk terus aktif dalam bidang seni apatah lagi ia menjadi sumber pendapatannya selama ini.

Nora berkata, dia benar-benar bersyukur kerana syarikat pengurusan,  Metrowealth International Group (MIG) banyak membantunya menguruskan jadual dengan baik.

"Biasanya kalau saya terlibat dengan penggambaran selama 20 hari, MIG akan beri saya cuti selama dua minggu untuk bersama keluarga.

"Saya akui menjadi ibu tunggal agak susah juga untuk saya membahagi masa antara keluarga dan kerjaya tetapi Alhamdulillah kerana MIG banyak mempermudah jadual saya.

"Malah jika saya sibuk, ibu saya juga banyak tolong menjaga Rayqal dan adakalanya bekas suami dan bekas keluarga mertua juga bantu menjaganya," katanya.

Bukan sahaja sukses dalam kerjaya seni, aktres itu juga sebenarnya sudah mempunyai perancangan hidup dalam tempoh lima tahun akan datang dengan berhasrat memperluas perniagaan bedak sejuk ‘Tanaka’ selain berharap sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sempurna.

"Buat masa ini perniagaan bedak sejuk itu saya jalankan secara kecil-kecilan melalui laman sosial Instagram dan Alhamdulillah sambutan memang bagus.

"Jadi saya rancang untuk melancarkannya tidak lama lagi secara besar-besaran dan pada saya bila produk itu bagus, tidak salah untuk saya kongsi dengan semua orang.

"Selain itu, tentu sekali saya berharap untuk membina sebuah keluarga sempurna apatah lagi lima tahun akan datang, usia saya dah 35 tahun, jadi saya berharap mempunyai anak lagi," katanya.

Anak emas MIG?

Dalam pada itu, berkongsi perkembangan terbarunya, Nora memberitahu, dia sedang sibuk menjalani penggambaran filem Pengantin Malam, sebuah filem seram arahan Eyra Rahman.

Katanya, filem tersebut memperlihat gandingan ketiganya bersama aktor kacak, Farid Kamil.

"Sudah seminggu saya jalani penggambaran filem ini dan sebagai pelakon apa yang boleh saya katakan, filem ini amat seram dan ia akan ditayangkan tahun depan," katanya.

Melihat kepada limpahan tawaran dari syarikat pengurusannya, ada yang berbisik mengatakan Nora kini menjadi anak emas MIG kerana sering menjadi pilihan untuk membintangi filem terbitan syarikat itu.

"Eh tidaklah! Tidak adil mengatakan saya anak emas MIG sedangkan artis lain seperti Yana Samsudin, Shaheizy Sam turut mendapat peluang sama rata dan David Teo sendiri tidak pernah bersikap pilih kasih.

"Biasanya MIG akan lihat pada kemampuan artis, jadi jika sesuai dia akan tawarkan pada artis tersebut itu dulu, cuma bezanya adalah dari segi liputan diterima," jelas Nora.

Duta Fruitale

Sementara itu, Nora ketika ditemui pada pertandingan pencarian Bintang Fruitale Pertama di Mydin Wholesale Hypermarket, Subang Jaya, kelmarin menjelaskan dilantik menjadi duta Fruitale selama setahun.

Selain mempromosi produk tersebut, dia juga menjadi mentor bagi peserta serta bertindak sebagai ketua hakim dalam pemilihan pemenang pertandingan itu.

"Saya buat keputusan memilih Fatin Atiqah sebagai pemenang kerana sejak awal lagi dia paling menyerlah dan memiliki  gaya persembahan yang baik.

"Selain itu dia juga amat berbakat dan kami sebulat suara menobatkan dia sebagai juara," jelasnya.

Nora berkata, Fruitale kini sudah memperbaiki produk mereka dengan lebih wangi dan berkualiti.

“Saya suka pertandingan Transformasi Bintang Fruitale ini kerana ia beri peluang kepada semua gadis memperbaiki penampilan dan keyakinan diri, sekalgius menerima nasihat profesional mengenai apa yang sesuai untuk mereka.

"Saya gembira dapat berkongsi tips dan nasihat berguna kepada mereka, terutamanya mengenai Fruitale dan manfaatnya," katanya yang juga menjadi duta Mamee dan Uniqlo.


Posted by bolok budok at 11:52 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to Facebook
Next
Newer Post
Previous
Older Post

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)



Facebook Popup Widget

Arsip Blog

  • ▼  2015 (701)
    • ►  September (31)
    • ►  August (306)
    • ▼  July (180)
      • (34 Gambar) 10 Artis Malaysia BertudungYang Sangat...
      • EKSKLUSIF & TERKINI!! GABENOR BANK NEGARA, ZETI AZ...
      • MENGEJUTKAN!! ERRA FAZIRA DEDAHKAN PUNCA SEBENAR B...
      • Bercakap Tentang 1MDB Adalah Satu Jenayah - Tun M
      • TERKINI!! Rosmah Akan Singkirkan Gabenor Bank Nega...
      • Wanita Bangga Bercerita Mengapa Dia Lebih Memilih ...
      • HARGA RON95, RON97 & DIESEL TURUN 10 SEN
      • 'RM2.6 BILION DALAM AKAUN NAJIB BUKAN ISU BESAR'
      • TERKINI!! Harga Minyak Naik Lagi Bermula 1 Ogos.
      • Ramai Wanita Yang Tidak Sah Solatnya. Kenapa???
      • Pekerjaan Artis Terkenal Sebelum Mereka Jadi Artis...
      • Kemenangan Sementara Najib. Najib Bakal Dijatuhkan...
      • Foto-Foto Emma Maembong Kini Tampil Dengan Imej Be...
      • TERKINI!!! Ahmad Maslan Beri Amaran Keras Kepada M...
      • RM41.60 Sebulan Sudah Cukup Untuk Tampung Perbelan...
      • MENGEJUTKAN!! MH370 KINI DITEMUI & INI SEMUA ADALA...
      • "Orang Tanya Saya BN Boleh Menang Tak Esok? Saya K...
      • Kenyataan 'Menciut Hati' Ahmad Maslan Berkenaan Ke...
      • Pecat Najib Atau Muhyiddin??
      • TERKINI!! Punca Sebenar Kebakaran JSJ Bukit Aman!!
      • Pertemuan Dengan Tun M Bincang Dakwaan 'Salah Laku...
      • Pengguguran TS Muhyiddin Boleh Memusnahkan Parti
      • Kisah Remaja Bertatu Ini Kembali Ke Pangkal Jalan ...
      • RAHSIA! Inilah TS Muhyiddin Yassin Yang Ramai Tida...
      • TERKINI!!! Kenyataan Media TS Muhyiddin Yang Membu...
      • TERKINI! Tun M, Muhyiddin, Zeti Aziz, Ghani Patail...
      • TERKINI !! Ahli Parlimen Bakal Mengadakan Undi Tid...
      • Senarai Menteri Kabinet Najib Yang Baru
      • Muhyiddin Digugurkan Dari Kabinet Najib
      • Encik.... Malam ni last terawih.... tolonglah kami...
      • LULUH HATI SEORANG SUAMI APABILA TAHU PERANGAI SEB...
      • Heliza Helmi Dikaitkan Dengan Hafiz Hamidun
      • 27 Foto Terbaik Nora Danish Bertudung.Gambar 1,2, ...
      • Nora Danish Dapat Hadiah Rumah yang Bernilai 7.2 Juta
      • MEMALUKAN!! ISTERI CURANG DIPAKSA 'SUSUKAN' KEKASI...
      • 28 Koleksi Foto Anak Che Ta Yang Super Cute. Anda ...
      • 6 Foto Koleksi Kereta MEWAH Jep Sepahtu Yang MENGE...
      • Koleksi Rumah Mewah & Kediaman VVIP Di Malaysia. N...
      • Minyak Ron 95 & Ron97 Akan Naik Lagi 30 sen Pada M...
      • 3 Foto Bakal Isteri Zizan Yang Pasti MENGEJUTKAN A...
      • 11Gambar Terkini Anak Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel...
      • Kisah Benar!! Sedih... Seorang Remaja Perempuan Di...
      • MEWAH!! Senarai Kereta Mewah VVIP Di Malaysia
      • 10 Gambar Artis Ketika Kanak-Kanak. No 1, 8 & 10 C...
      • 9 GAMBAR. Maria Farida Kini Tampil Dengan Penampil...
      • Rogol Dia Sebab Tak Tahan, Dia Mandi Bogel, Lagipu...
      • 16 Foto Isteri Datuk Alif Syukri Terlajak Laris Sa...
      • Isteri Curang Berzina Dua Kali Sehari Dengan Majikan
      • PENDAPATAN AAISYAH DHIA RANA MELEBIHI PENDAPATAN R...
      • 15 Gambar Comel Mia Ahmad. Gambar No 6, 8, 10 & 13...
      • Siapa Sangka Gadis Host Tv3 Ini Anak Kak Ton
      • KOLEKSI KERETA MEWAH 31 ARTIS MALAYSIA, KERETA ART...
      • Perkara Yang Peminat Wajib Tahu Tentang Mia Ahmad ...
      • TERKINI!! PERGADUHAN LOW YAT : Setiausaha Dedah Pu...
      • Jangan Mudah Laung Takbir Ketika Layan Amarah Berg...
      • Akhirnya... Mia Ahmad Terpaksa Mengakui Bercinta D...
      • HEBAT!!! 5 Artis Wanita Muda Malaysia Berstatus Ju...
      • Wanita Di Campak Ke Dalam Longkang Selepas Di Rogo...
      • Koleksi Gambar Rumah Mewah Siti Nurhaliza Di Malaysia
      • 5 Orang Wanita Paling Kaya Di Malaysia & Salah Seo...
      • Wanita Paling Kaya Di Malaysia Adalah Seorang Arti...
      • Beri Subsidi Kepada Rakyat, Itu Merupakan Satu Pem...
      • 20 Artis Wanita Bertudung Tercantik Di Malaysia. N...
      • MENGEJUTKAN! SENARAI KEKAYAAN TAIB MAHMUD, BEKAS K...
      • 10 Artis Paling Kacak Di Malaysia. NO.3 Paling Kac...
      • 10 Artis Wanita Paling Cantik Di Malaysia. Yang no...
      • TERKINI!!! Selepas Ini Penyokong Pembangkang Tidak...
      • KISAH BENAR - Tahan Ya Sayang, Sakit Sikit Je, Sik...
      • MENGEJUTKAN! SENARAI KEKAYAAN TAIB MAHMUD, BEKAS K...
      • 10 Gambar: Kereta Mewah Milik Aliff Syukri Terlaja...
      • MENGEJUTKAN!!! Kolesksi Kereta Mewah Sultan Johor
      • MENAKUTKAN!!! Rokok Elektronik Meletup!! Tangan & ...
      • Perkahwinan Bajet, Kos RM3000 Sahaja
      • TERKINI!!! Letak Jawatan Atau Berhadapan Dengan Be...
      • TERKINI!!!! ISU 1MDB: Musa Hitam Desak Najib Letak...
      • TERKINI!!! Tun M Mengamuk, Cabar Najib.. Kalau Ber...
      • Anda Pasti Tidak Lagi Membuang Biji Kurma Selepas ...
      • Kisah "I love U Too Abang Untillll Jannah Firdaus"
      • Wajib Baca!! Perdebatan Hebat Gadis Bertudung VS G...
      • Terkini..DR Wan Azizah Dedah Siapa Sebenarnya Tun ...
      • Najib Tuduh Tun M Dalang Disebalik Skandal 1MDB
      • 11 Gambar & Punca Pergaduhan Di Plaza Lowyat
      • 7 FOTO!! Penjual Durian Yang Viral Dilaman Sosial ...
      • 2 Pengarah 1MDB Letak Jawatan
      • Keputusan, Tindakan Kerajaan Berlandaskan Al-Quran...
      • Rupanya ini sebabnya mengapa wanita yang berzina m...
      • Azwan Ali Mengamuk Di Makkah
      • Kalau Ikutkan Hati Saya Mahu Pergi Wad & Tampar Wa...
      • Gadis Dihina & Dikutuk Kerana Kerkurangan Dapat Pe...
      • 5 Dosa paling besar yang tidak mungkin diampuni Al...
      • Anda Pasti Terkejut!! Hukum Suami Isteri Menonton ...
      • Aku Milik SuamiKu & Suamiku Milik Ibunya
      • 5 Kesan Buruk Wanita Tidur Memakai Bra & Seluar Da...
      • Terlampau Mewah!! 3 Foto Rumah Lisa Suriani & Yusr...
      • 3 JENIS KHASIAT AIR MANI YANG RAMAI WANITA TIDAK T...
      • 10 Golongan Manusia Yang Akan Masuk Syurga Tanpa H...
      • DS Rosmah Mansur Menjawab Fitnah
      • Mengejutkan!! Kenapa Lelaki Ini Masih Tersenyum Se...
      • WAJIB BACA! 14 Kemuliaan Wanita Muslimah Yang Seda...
      • ISTERI LUAH PERASAAN TAK PUAS DI RANJANG DENGAN SUAMI
    • ►  June (148)
    • ►  May (15)
    • ►  April (4)
    • ►  March (17)
  • ►  2014 (174)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  October (39)
    • ►  September (115)
    • ►  August (12)

Popular Posts

  • 5 Foto Baby Comel Sulung Lisa Suriani & Yusri
  • WANITA WAJIB TAHU!! 21 TIPS DAN PETUA MENCANTIKKAN WAJAH!!
    Cara menjaga kecantikan wajah adalah seperti berikut: MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan be...
  • RAKYAT MALAYSIA PEMALAS, BERLAGAK, TAK SEDAR DIRI & MEMILIH. MAKA KERAJAAN TERPAKSA BAWA MASUK PEKERJA ASING
    PUTRAJAYA - Kerajaan terpaksa membawa masuk pekerja asing termasuk dari Bangladesh kerana sikap rakyat Malaysia yang tidak berminat bekerja...
  • Pasangan Ditangkap Tengah 'sedap' Atas Katil. "Kami Dah Nak Kahwin"
    Antara pasangan yang ditahan dalam operasi itu, malam semalam. BUKIT MERTAJAM - "Kami dah nak kahwin". Itu antara alasan y...
  • PERHATIAN!! WANITA WAJIB BACA!! Akibat pakai seluar ketat!! Ramai Wanita TidakTahu!!
    Tidak dinafikan, ramai orang sukakan gaya mengikut fesyen terkini dan digilai ramai, lebih-lebih lagi golongan remaja. Mereka sering menuk...
  • Saya Berhak Untuk Bersuara Dan Tidak Akan Berdiam Diri - Anak Zahid Hamidi
    Jika sebelum ini tindakan Nurulhidayah yang merupakan anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyifat...
Powered by Blogger.

onlie now

Total Pageviews

 
Copyright © 2013 Ohh Informasi All Right Reserved
Blogger Designed by IVYthemes | MKR Site
Posts RSS • Comments RSS