Kadang-kala penangan drama ini memang hebat sehingga Mia Ahmad mengakui dia terpaksa mengaku bercinta dengan Syarul kerana memang itu apa yang peminat dan juga orang ramai mahu dengar daripada Mia sendiri.
“Saya terpaksa mengaku selepas ditanya Kak Sheila. Saya hanya anggap ia sebagai gurauan dan bukan perkara serius. Saya memang tidak tahu Syarul ada teman wanita atau tidak. Lagipun dia tidak pernah kongsikan hal peribadi dengan saya”
“Apa yang saya tahu, dia selesa berkawan dengan saya. Dalam hidup saya, tidak ada istilah cinta. Saya hanya akan berkongsi soal hubungan jika mahu berkahwin kelak,” katanya kepada Harian Metro ketika menjelaskan sebab dia mengakui bercinta di dalam rancangan memasak oleh Sheila Rusly.
Apa-apa pun pasti peminat di luar sana gembira jika perkara ini benar-benar terjadi. Jika di dalam drama sahaja pun sudah terasa sweet apatah lagi jika berlaku di alam realiti. (rtky/s)
0 comments:
Post a Comment