Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, susulan penemuan itu, ibu bayi terbabit berusia 31 tahun ditahan.
Katanya, wanita terbabit melakukan perbuatan keji itu, semalam.
“Pada mulanya dia mengadu sakit pinggang ketika berada di rumah datuknya menyebabkan ahli keluarga menghantarnya ke klinik untuk menerima rawatan. Doktor kemudian memberitahu dia hanya mengalami masalah angin dan kurang gula dalam darah sebelum memberinya ubat.
"Wanita itu kemudian pulang ke rumah sebelum tidur. Bagaimanapun dia terjaga pada 1 petang mengadu sakit perut sebelum ke tandas. Dia hanya keluar sejam kemudian selepas melahirkan anaknya di dalam tandas dan tidak menceritakan kejadian itu kepada keluarga," katanya.
Menurut Abd Rahim, wanita itu mengalami pendarahan pada keesokan harinya dan disedari keluarga yang menghantarnya ke Hospital Jitra pada 1.45 petang tadi.
"Doktor yang merawatnya kemudian mendapati ada kesan koyakan di kemaluan sebelum dia mengaku melahirkan anak dan membuangnya di dalam tong sampah.
“Polis yang menerima maklumat itu menjalankan siasatan sebelum dia mengaku membuang bayinya yang dikerat enam dipercayai menggunakan senjata tajam ke dalam lubang tandas," katanya.
Abd Rahim berkata, anggota polis kemudian ke lokasi kejadian dan menemui beberapa tubuh bayi yang dikerat di dalam tangkis najis dan ada beberapa bahagian tubuh yang masih belum dijumpai.
"Wanita itu ditahan dan kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar kerana berlaku pendarahan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran," katanya.
0 comments:
Post a Comment