Meskipun sedang menunaikan ibadat umrah kali ke-lapan di Tanah Suci, itu nampaknya masih belum dapat menghentikan artis kontroversi, Azwan Ali daripada naik angin.
Kali ini dia mengamuk kerana kelewatan bas jemaah umrah untuk ke Kota Mekah dari Kota Madinah.
Azwan memuatnaik sekeping gambar menunjukkan luahan rasa tidak puas hatinya terhadap petugas agensi pengurusan umrah tersebut di laman Instagramnya.
Kononnya teguran yang dibuat itu sebagai membetulkan sistem kerja dan pengendalian agensi berkenaan.
Namun tidak lama selepas itu seorang petugas dari agensi umrah berkenaan membalas luahan Azwan dengan mengatakan perubahan jadual perjalanan memang sentiasa berlaku.
Menggunakan nama Samuel Prince di Facebooknya, individu itu juga nampaknya tidak berpuas hati dengan sikap mudah melenting Azwan, selain menulis 'penat' melayan karenah artis itu. -Siakapkeli.my
0 comments:
Post a Comment