Najib Tuduh Tun M Dalang Disebalik Skandal 1MDB
KUALA LUMPUR: Tuduhan yang dilemparkan kepada Tun Dr Mahathir yang dikatakan menjadi dalang dalam pendedahan skandal yang berlaku di dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah mendapat perhatian anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Menteri Besar Kedah berkenaan mempertahankan bapanya yang dituduh di sebalik dakwaan terhadap Perdana Menteri melibatkan 1MDB di mana tidak timbul bapanya menyeleweng, mengubah fakta mahupun mengedit emel.
"Ia merupakan satu tuduhan dan dakwaan yang sangat tidak adil. Paling terbaharu adalah mengenai dakwaan bahawa bapa saya terlibat dengan (Xavier Andre) Justo dalam yang dikatakan sebagai dalang menukar dokumen-dokumen ini."
"Kalau ada yang mengatakan adalah satu dakwaan tidak berasas untuk menuduh pucuk pimpinan parti, maka samalah juga tidak adil kalau membuat dakwaan-dakwaan yang tidak adil terhadap bapa saya,"katanya.
Sebelum ini Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat lantang mengkritik kepimpinan Datuk Sri Najib termasuk dakwaan mengenai 1MDB.
Baru-baru ini, Datuk Seri Najib telah menuduh Dr Mahathir terlibat dalam "pembohongan terbaharu" selepas media antarabangsa, Wall Street Journal (WSJ) melaporkan sebanyak AS$700 JUTA (RM2.6 bilion) disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.
"Apa yang kita mahu adalah kebenaran. Saya tidak ragu-ragu dari segi kesetiaaan saya untuk pucuk pimpinan. Persoalan yang dibangkitkan perlu juga dijawab supaya kita tahu apa yang kita sokong," katanya
0 comments:
Post a Comment