Saturday, July 4, 2015



SHAH ALAM: Susulan dakwaan The Wall Street bahawa dana berjumlah AS$700 (RM2.65 bilion) dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar itu.

Hal itu dinyatakan Oleh Setiausaha Politiknya, Datuk Muhammad Khairun Aseh dengan laporan itu disifatkan sebagai fitnah jenayah.
"Laporan itu sungguh berniat jahat dan tidak berasas dengan sumber yang lemah dan meragukan.
Kita akan ambil tindakan mengikut undang-undang," kata Khairun dipetik Sinar Harian.
Akhbar TWSJ semalam melaporkan, siasatan ke atas syarikat yang sarat dibebani hutang, 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) mendapati berbilion ringgit disalurkan ke dalam beberapa akaun, yang dipercayai akaun bank peribadi Najib.
Ia kononnya berdasarkan dokumen-dokumen dari satu siasatan kerajaan yang diperoleh akhbar berkenaan dan laman web Sarawak Report.  
TWSJ mendedahkan dokumen menunjukkan AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan ke agensi kerajaan, bank dan entiti berkaitan 1MDB dan akhirnya ke akaun peribadi perdana menteri dalam 5 deposit berasingan.
Sebelum ini Sarawak Report melaporkan, RM42 juta dimasukkan ke akaun Najib daripada SRC International Sdn Bhd, syarikat milik Kementerian Kewangan yang mengambil pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP.

Sementara itu Najib malam tadi menafikan pernah mengambil dana awam untuk kepentingan peribadi dan menyifatkan tuduhan itu sebagai sebahagian daripada kempen sabotaj politik terancang untuk menjatuhkan kredilitinya sebagai seorang Perdana Menteri.

0 comments:

Post a Comment