Wall Street Journal (WSJ) telah memuat naik beberapa dokumen yang didakwa menjelaskan dengan lebih terperinci bagaimana US$700 juta boleh masuk ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri, Najib Abdul Razak.
Menurut WSJ, kesemua dokumen itu bersumberkan dari seorang "penyiasat kerajaan Malaysia".
Bagaimanapun, beberapa butiran seperti nombor akaun bank telah pun dihitamkan di dokumen berkenaan.
Antara dokumen yang membentangkan duit dipindahkan |
Antara dokumen yang membentangkan bagaimana duit dipindahkan. |
Dokumen-dokumen tersebut turut melampirkan satu dokumen yang membentangkan bagaimana duit itu dipindahkan ke sebuah akaun bank AmIslamic Bank Bhd yang didakwa milik Najib.
Selain itu, beberapa borang permohonan kiriman wang dari Affin Bank kepada satu akaun Bank Ambank turut disiarkan bersama bagi mengukuhkan dakwaan itu.
0 comments:
Post a Comment