TERKINI: Hari ini Ringgit mengalami kejatuhan Terburuk Dalam Sejarah
Kali terakhir Ringgit mengalami kejatuhan sehingga ekonomi berada dalam keadaan terumbang ambing pada 1997 tapi pada hari ini nilai ringgit mengalami kejatuhan paling teruk sejak krisis ekonomi 1997.
Perbezaan dulu dan sekarang adalah kos hidup tidak berapa tinggi jika dibandingkan hari ini kehidupan rakyat amat tertekan dengan kos hidup yang tinggi.
Dengan kejatuhan ringgit paling teruk sejak 1997 ini maka bersedialah kita menghadapi kehidupan yang lebih sukar dengan kenaikkan harga barang akan berlaku.
Dagangan Mata Wang Ringgit Hari Ini
MYR 1.0000 = £: 5.8011, USD: 3.8045, SGD: 2.8022, Euro: 4.2233, Aussie: 2.9089, China Yuan: 1.65630 Thai Baht: 8.99333
Kerajaan memberi alasan kejatuhan ringgit kerana masalah ekonomi dunia namun mengapa kita sahaja mengalami kejatuhan begini teruk.
Jawapan Kukuh Kepada Kejatuhan Ini.
1. Masalah kewangan dalam negara sekarang yang membabitkan 1MDB membuatkan banyak pelabur keluar kerana tidak yakin dengan pentadbiran negara.
Letak diri kita sebagai pelabur luar yang membuat pelaburan dan bila satu isu penting membabitkan kewangan negara tiada jawapan dari kerajaan, adakah anda akan terus melabur tanpa mengetahui adakah kerajaan negara mempunyai wang untuk mentadbir atau tidak? Tentu anda akan keluar membawa wang anda. Dan ini yang berlaku dalam negara sekarang.
Pelabur melarikan diri sebagai contoh saham FGV Felda mengalamai kejatuhan teruk hingga memaksa penarikan keluar saham FGV dari diperdagangkan.
Apa yang boleh saya katakan kita yang mempunyai pendapatan kecil ini agar bersedia menghadapi kehidupan yang lebih sukar esok hari.
Allah Selamatkan Negara...Mudahkan Perjalanan Hidup Kami......Amin
Sebarkan Maklumat Terkini Ini.
JIB AKU BAGI KAU 10STAR
ReplyDelete