Wednesday, July 1, 2015


Menteri Pelancongan dan Kebudayan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz gembira kerana Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim merasakan beliau bukan seorang yang kacak.

"Pertama sekali saya gembira beliau berkata demikian, Jika tidak, saya terpaksa mempersoalkan seksualitinya.

"Jika seorang lelaki kata lelaki lain kacak, maka kita perlu mempersoalkan seksualitinya, saya tak mahu mempersoalkan seksualitinya," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Nazri dan Tunku Mahkota Johor itu bertelagah selepas menteri itu mengingatkan Tunku Ismail bahawa beliau mungkin "dibelasah" jika campurtangan dalam politik.

Dalam temu bual eksklusif dengan Malaysiakini, Tunku Mahkota Johor itu membidas Nazri dengan mengatakan menteri itu tidak cerdik dan merujuk kepadanya sebagai "tong kosong".

Sementara itu, Nazri juga percaya bahawa tidak semua rakyat Johor kecewa dengan kritikannya terhadap kerabat diraja itu.

"Saya tahu ramai rakyat Johor yang tidak berkongsi sentimen yang sama," katanya.

Mengenai siasatan polis terhadap kenyataan itu, Nazri berkata beliau sedang menunggu tindakan lanjut Pejabat Peguam Negara

"Sebagai bekas menteri undang-undang, saya menghormati prosedur. Saya tidak berfikir dua kali apabila saya dipanggil. Saya pergi terus ke Bukit Aman (untuk memberi kenyataan saya)," katanya.

Laporan polis telah dibuat terhadap Nazri selepas kenyataan beliau terhadap Tunku Mahkota itu

0 comments:

Post a Comment