Friday, May 8, 2015



Berikutan isu pembelian sebidang tanah 1MDB di Tun Razak Exchange oleh Tabung Haji dengan harga RM188.5 juta, Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad tampil memberi pandangannya terhadap isu ini.

Pandangan itu dilemparkan oleh Dr. Mahathir di laman blognya Chedet.cc. 

Terdapat tujuh isi penting yang disampaikan oleh Dr. Mahathir di dalam artikel tersebut. Antaranya mempersoalkan harga tanah seluas 1.5 ekar yang dibeli oleh Tabung Haji. 

Didalam penulisan blog itu, Dr. Mahathir berkata 1MDB membeli tanah seluas 70 ekar ditempat itu pada harga RM 194.1 juta, dan menjual semula kepada Tabung Haji dengan harga RM 188.5 juta dengan keluasan hanya 1.5 ekar sahaja.

Selain itu Dr. Mahathir turut mempersoalkan tindakan Tabung Haji yang menggunakan duit yang diamanahkan oleh ramai ramai untuk menyelamatkan 1MDB yang telah hilangkan berbilion ringgit. Dr. Mahathir juga turut menggesa agar rancangan pembelian ini dibatalkan dengan segera.

Sebelum ini, Tabung Haji membuat pengakuan membeli sebidang tanah di Tun Razak Exchange dengan harga RM 188.5 juta. Pembelian tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi dari pelbagai pihak termasuklah pencarum yang kebanyakannya mempersoalkan pembelian tersebut.

0 comments:

Post a Comment