Monday, March 23, 2015


Menteri Perlacongan, Datuk Seri Nazri Aziz, dalam kenyataannya di Parlimen semalam menegaskan mereka yang membincangkan isu Hudud adalah 'bodoh'.

Beliau berkata demikian kerana undang-undang Islam itu hanya akan dapat dilaksanakan selepas perlembagaan persekutuan dipinda dengan memerlukan persetujuan majoriti dua pertiga sokongan ahli Parlimen.

"Jangan bincang sesuatu yang tidak akan berlaku, ini bodoh, sesiapa sahaja yang bincang hudud," katanya.

Menurut beliau lagi, dalam perlembagaan sekarang sudah tertulis bahawa segala kesalahan jenayah akan dibicarakan oleh Mahkamah Persekutuan, bukannya kuasa Mahkamah Syariah.

"Pernah kita nampak Mahkamah Syariah bicarakan kes pembunuhan, bicara kes kecurian?

"Kalau mahu gugurkan bahagian yang mengatakan jenayah itu di bawah mahkamah persekutuan, kita perlu dua pertiga majoriti Parlimen, tetapi kita tiada sekarang."

"Ini soal agama, kita tidak boleh guna 'whip', ahli Parlimen akan mengundi menggunakan pegangan dan suara hati mereka." katanya dipetik Malaysian Insider.

Tambah Nazri lagi rang undang-undang Hudud yang cuba di bawa PAS itu tidak berjaya dibincangkan kerana perlu dibahas selepas selesai aturan urusan kerajaan.

Sehingga kini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku pengerusi BN masih belum mengeluarkan pendirian rasmi berhubung sokongan parti pemerintah itu terhadap hudud.

0 comments:

Post a Comment