Monday, October 27, 2014

Apakah yang menyebabkan zakar bengkok? Untuk pengetahuan doktor, saya berusia 15 tahun dan zakar sedikit bengkok apabila ereksi.Adakah zakar remaja berumur 13 dan 14 tahun lebih besar bagi mereka yang kelihatan lebih matang apabila mula tumbuh janggut dan misai.

Saya melihat di Internet yang besar dan panjang berbanding saiz zakar saya yang kecil dengan ukuran panjang 5 inci dan ukir lilit 4.6 inci. Adakah saiz itu berpatutan dengan umur saya?

Saya sering onani dan sekarang dalam proses mengurangkan onani iaitu kira-kira 3 hingga 4 kali sebulan. Adakah cara bagi mengurangkan kekerapan onani?

IKMAL

Shah Alam, Selangor

Ketumbesaran zakar atau anggota kelamin lelaki bermula dari peringkat awal baligh dan kemuncak pada pertengahan akhil baligh iaitu pada awal belasan tahun hingga mencecah umur 20 tahun.

Kesudahannya, ukuran zakar akan sampai keukuran tetap seperti ukuran yang anda alami, iaitu 12 hingga 13 sentimeter (sm) ketika ereksi dengan ukur lilit 11 hingga 12 sm.

Ukuran ini adalah anggaran biasa untuk semua lelaki berbilang keturunan. Apa yang anda nampak dalam Internet adalah ukuran luar biasa dan bukan normal untuk lelaki.

Jangan terpengaruh dengan apa yang ditayangkan di Internet. Biasanya laman memaparkan zakar panjang dan besar itu menjual peralatan atau ubatan yang kononnya dapat membantu membesarkan zakar.

Itu hanya tipu helah mereka. Jika anda ada masalah saiz atau bentuk zakar yang meragukan, rujuk pada doktor untuk menjalani pemeriksaan dan kepastian.

Jangan bergantung pada tukang urut atau laman Internet haprak! Zakar erek yang kelihatan melentok, bengkok atau melengkung itu adalah biasa dan ada kaitan dengan cara zakar itu ditempatkan dalam seluar dalam.

Sebenarnya tidak perlu nak 'parking' zakar dalam seluar dalam. Biarkan ia mengikut keselesaan kedudukannya dalam pakaian dalam.Namun bagi remaja yang masih bersekolah, anda perlu tumpukan perhatian kepada pelajaran dan kurangkan menonton bahan lucah di Internet atau menonton gambar zakar.

Amalan itu akan membuat­kan anda mudah ghairah dan melakukan onani. Onani pula meletihkan dan jika ketagih, sukar dihentikan.

Saya pasti anda banyak membaca kesan negatif onani dan jika masih berjinak-jinak dengannya, nescaya anda akan dapat kesan buruknya seperti masalah cepat klimaks dan mati pucuk apabila dewasa kelak.

Zakar lelaki bukan senjata, ia anggota yang dianugerah Tuhan untuk tujuan mendapat zuriat dan hubungan intim. Ia bukan anggota untuk kemegahan kendiri. Jadi, jangan salah faham. Anda perlu bersyukur mempunyai anggota kelamin yang sihat.

2 comments:

  1. Klau saya mula beronani sejak ting.2 Ade Cara x berhnti ..skang brumur 20 tahun..Bantu saya😞😞

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya mula urut zakar dri awal thun ni..sekarang berumur 18 tahun..sekiranya saya teruskn berurut saje ada ke kesan buruk akan berlaku?

      Delete