Friday, October 24, 2014


TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, 30, selamat menjalani istiadat pernikahan bersama isteri, Che Puan Khaleeda Bustamam, 21, dengan sekali lafaz di Istana Bukit Serene, di Johor Bahru hari ini. - Foto ihsan Southern Tigers
JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, 30, bersama isteri, Che Puan Khaleeda Bustamam, 21, selamat menjalani istiadat pernikahan di Istana Bukit Serene, di sini hari ini.
Istiadat pernikahan yang menyusul selepas istiadat pertunangan dan majlis hantaran itu, disaksikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris.

TMJ Tunku Ismail Sultan Ibrahim selamat diijabkabul bersama Che Puan Khaleeda Bustamam dengan sekali lafaz.
Turut hadir beberapa orang kenamaan dan pegawai tinggi kerajaan.
Pasangan Diraja yang mengenakan busana serba putih itu sempat melambaikan tangan kepada pengamal media yang menunggu di gerbang utama Istana Bukit Serene ketika berangkat keluar pada jam 12 tengah hari tadi.
Istiadat perkahwinan akan disempurnakan mengikut istiadat Diraja Johor serta ketenteraan pada 8 November ini.

0 comments:

Post a Comment