Pernahkah anda bermimpi berbau seksual dengan orang selain pasangan anda? Jika ya, jangan bimbang, bukan bererti mimpi tersebut bermakna anda ingin curang. “Jika diperhatikan, sebenarnya ada yang boleh dipelajari dari mimpi kita,” ujar ahli terapi perkahwinan dan penulis buku ‘A Short Guide to a Happy Marriage’ Sharon Gilchrest.
“Mungkin ada sesuatu yang hilang dari hidup anda atau mungkin ada masalah dalam hubungan tersebut yang perlu difikirkan,” tambahnya. Agar tidak semakin bingung, berikut ini tujuh mimpi yang biasa berlaku dan ertinya, seperti dipetik dari iVillage:
1. Bermimpi dengan orang dari masa lalu
1. Bermimpi dengan orang dari masa lalu
Apabila anda memimpikan bekas kekasih atau orang lain dari masa lalu itu menunjukkan bahawa anda sedang mengalami kebosanan pada hubungan dengan pasangan. “Bekas kekasih datang pada mimpi anda ketika anda merasa hubungan sekarang terasa seperti rutin. Mantan datang (dalam mimpi) untuk menghidupkan kembali ghairah yang hilang itu,” jelas pakar mimpi yang juga penulis buku ‘Cracking the Dream Code’, Lauri Quinn Loewenberg.
2. Bermimpi dengan rakan kerja atau atasan
Pernah bermimpi bermesraan dengan orang terdekat yang tidak pernah terlintas dalam fikiran untuk bersamanya? Jangan bimbang, menurut Loewenberg mimpi seperti itu menandakan bahawa anda merasa selesa bekerja atau menjalin hubungan yang baik dengan orang tersebut secara profesional, bukan seksual. Boleh juga anda mengagumi atau justeru iri atas kemampuannya.
3. Bermimpi dengan selebriti
Mimpi bercinta dengan selebriti, mungkin terbilang jarang terjadi pada wanita. Jika anda pernah bermimpi tentang itu, mungkin menunjukkan jika ada sesuatu yang sangat anda inginkan, tapi belum juga tercapai. Mimpi bercinta dengan pemuzik atau penyanyi, boleh melambangkan keinginan bahawa anda mengharapkan sesuatu yang lebih romantis dari hubungan asmara yang sekarang. Atau, boleh juga bererti, anda memimpikan hidup mewah bersama pasangan.
4. Bermimpi dengan orang yang dibenci
Jangan terkejut bila bermimpi tentang rakan kerja atau rakan kongsi perniagaan yang anda tidak sukai. Mungkin dalam fikiran bawah sedar, anda ingin menyamai atau menandingi kualiti yang ia miliki. Bila orang yang anda benci masih mempunyai hubungan saudara (sepupu, bapa saudara atau kakak ipar), dan anda bermimpi bercinta dengannya, ada kemungkinan anda ingin memperbaiki perseteruan agar hubungan keluarga semakin dekat.
5. Bermimpi dengan sesama wanita
Mimpi bercinta dengan sesama wanita bukan bererti anda mempunyai kecenderungan penghalaan seks menyukai sesama jenis. Menurut Loewenberg, mimpi ini biasa terjadi apabila wanita hamil, ketika mereka merasa sangat feminin. Mimpi tersebut merupakan sebuah perayaan atas kejayaan yang anda lakukan sebelumnya. Di sisi lain, mimpi ini juga mungkin bererti anda ingin lebih difahami oleh pasangan. Mungkin juga anda mendambakan kekasih yang lebih sensitif dan perhatian.
6. Bermimpi ketika bercinta ada gangguan
Anda sedang bercinta dengan pasangan dalam mimpi, namun kemudian di tengah-tengah aktiviti tersebut, ada seseorang yang datang dan merosakkan kenikmatan. Jika mengalami mimpi seperti itu, bererti masa untuk privasi sering terganggu, baik oleh pekerjaan, keluarga atau bahkan alam sekitar. Luangkan waktu sejenak sejenak dan nikmati masa kebebasan anda dengan melakukan perkara-perkara yang disukai.
7. Bermimpi tak dapat cari tempat untuk seks
Anda dan pasangan berniat melakukan quickie, tetapi tidak menemukan tempat yang boleh menampung keinginan tersebut. Jika anda mengalami mimpi seperti itu, maka saat ini anda sedang sukar mencari waktu yang tepat untuk melakukan hubungan seksual dan mula membuat anda kecewa
Sumber : blog putera izman.com
0 comments:
Post a Comment