Sunday, October 26, 2014




12 Tanda Lelaki Itu Suka Kepada Anda
Jom usha,tanda-tanda lelaki suka kita,kot-kot,ada yang jadi secret admirer,hihi ^^v

1. Memerhati Dalam Diam.
Perasaan untuk mengenali seseorang sudah pasti wujud dalam diri lelaki mahu pun wanita. Kadang-kala perasaan ini datang dan pergi dengan sendirinya. Kebiasaannya, hal memerhatikan di dalam diam ini membawa kepada dua perkara, iaitu samaada dia berani atau tidak menegur anda dan adakah hubungan ini dapat diteruskan atau tidak. Semuanya bergantung kepada keberaniannya.

2. Mula Menegur.
Ini adalah langkah pertama dalam perkenalan apabila seseorang itu berani menegur. Mungkin tegurannya nampak remeh dan anda berasa sedikit pelik, tetapi itulah cubaan untuk mengenali anda yang diminati. Anda mungkin boleh menjawab pertanyaannya dengan bersahaja, berbual dengan teruja atau sebagainya bergantung kepada sejauh mana anda mahu mengenalinya. Namun awas, jangan sesekali berkasar jika dia bertanya dengan lembut kerana menyakiti hati seseorang bermakna anda cuba mencari musuh dengannya. Kadang-kala bila hati sakit, macam-macam boleh terjadi.

3. Sentiasa Ingin Dekat.
Biasanya bila anda meminati seseorang, anda akan sentiasa cuba mendekatinya malah ada yang berani mengekori ke mana saja dia pergi. Perasaan ini sebenarnya normal kerana mahu memastikan orang yang diminatinya berada dalam keadaan selamat. Bagi anda pula, janganlah berasa pelik jika didekati atau diekori dalam diam. Namun dalam masa yang sama, anda harus berwaspada kerana kita tidak mengetahui niat seseorang. Adalah lebih baik anda berhati-hati dalam menangani hal ini.

4. Mengajak Keluar.
Ini adalah langkah seterusnya bila anda meminati seseorang. Selain sikap ingin tahu yang mendalam, anda juga tentu mahu mengenalinya dengan lebih rapat lagi. Tentu saja anda mahu mengajaknya keluar sambil bertukar-tukar cerita. Di sini anda perlu lebih berhati-hati. Bermacam-macam perkara buruk boleh berlaku apatah lagi si dia baru dikenali. Sebaiknya jika ingin keluar ambil pendekatan keluar ke tempat ramai orang dan jangan sesekali bersetuju mengikutnya balik ke rumah.

5. Sering Menelefon.
Lumrah hati, apabila kita menyenangi seseorang biasanya kita ingin terus dekat kepadanya. Lantaran itu kita akan berusaha mendapatkan nombor telefonnya dan mahu berbual dengannya. Bila hati sudah suka, apa pun sanggup dilalui termasuklah bil telefon yang melambung tinggi.

6. Dia akan panik jika anda terluka
Jika anda terluka secara fizikal atau mental, dialah orang yang paling risau akan anda. Dia akan lakukan apa sahaja untuk mengubat luka anda.

7. Dia sentiasa mengutamakan anda
Sebagai contoh, ketika anda ingin minta pertolongan dia untuk lakukan sesuatu, dia akan berhenti dari kerja yang dia lakukan dan tolong anda tanpa teragak – agak. Malah, dia juga akan tolong anda dengan bersungguh – sungguh dan  dia juga akan pastikan perkara tersebut diselesaikan dengan segera.

8. Dia ambil masa untuk bertentangan mata dengan anda
Lelaki itu ternyata suka akan anda jika dia mengambil masa untuk bertentangan mata dengan anda. ini kerana dia rasa berdebar – debar untuk menatap wajah wanita yang dia suka.

9. Dia dapat tangkap isi hati anda
Seorang lelaki suka akan anda jika dia tahu apa yang anda fikirkan. Dia tahu anda sedang marah, gembira atau apa sahaja mood yang sedang anda ada ketika itu. Dia sedia mendengar masalah anda dan kadangkala dia akan gembirakan anda dengan bermacam cara jika dia tahu anda sedang sedih.

10. Dia tahu banyak hal mengenai anda
Lelaki akan peka terhadap wanita yang dia suka terutamanya perkara yang di sukai dan perkara yang tidak di sukai oleh wanita tersebut. Jika ada lelaki yang mahir mengenai kesukaan dan kebencian anda, dia sebenarnya suka pada anda.

11. Dia merenung anda ketika anda tidak melihatnya
Lelaki yang suka akan anda, dia akan renung anda ketika anda tidak melihatnya. Dia sangat kagum akan diri anda dan ingin sentiasa melihat anda.

12.Memilih Untuk Berkahwin.
Tidak semua perkenalan diakhiri dengan perkahwinan jika anda tidak serius tentang hubungan ini. Sesetengah orang menyukai seseorang itu hanya sebagai kawan saja tapi ada juga yang serius hingga ke jinjang pelamin. Bagi anda, pilihan itu ada di tangan sendiri. Jika betul dia jodoh, terimalah atau jika tidak, bersedia membuat keputusan paling bijak yang terbaik untuk semua pihak.

0 comments:

Post a Comment