Wednesday, December 24, 2014

gambar smk manek urai yang dijadikan tempat pusa pemindahan kini telah dinaiki air.. mangsa banjir sekarang berada di tingkat 4 bangunan sekolah berkenaan.. Allahuakhbar.. Ya Allah..


 Assalamualaikum... diberitakan bahawa negeri kelantan telah diisyhtiharkan darurat.. maka sama-sama kita doakan agar rakyat kelantan banyak bersabar dan diselamatkan dari segala bala bencana dan malapetaka..

Dikhabarkan kuala krai dan machang terjejas teruk akibat banjir.. mendapat perkhabaran dari seorang sahabat bahawa bandar kuala krai telah ditenggelami air.. siapa boleh sahkan berita ini?? Mohon beri penjelasan..

Rakyat pantai timur seharusnya bersangka baik dan rakyat kelantan terutamanya yang terjejas teruk akibat banjir, anda semua harus bersyukur kerana Allah swt memilih negeri anda kerana Allah swt sayangkan anda semua sayangkan negeri anda yang berada dibawah pimpinan ulama.. maka bersangka baik.. Allah swt sayangkan anda semua maka Allah swt timpakan ujian dan dugaan kepada anda semua.. bersangka baik.. Apabila Allah sayangkan hambaNYA maka Allah swt akan timpakan ujian kepada mereka untuk menguji...

keadaan di bandar KB yang telah dinaiki air.

Bandar KB..

Situasi dan gambar di pusat pemindahan di Laloh..
pusat pemindahan pun dah nak tenggelam..

pemandangan dari udara sekitar KB

Laluan Gerik-Jeli ditutup kerana berlakunay tanah runtuh..

Lori ayam yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh




gambar berhampiran tambatan diraja berdekatan kastam dekat masjid muhammadi KB..

air telah menenggelamka setingkat bangunan..


laluan utama tok bok kuala krai ke machang ke KB 2 hari lepas telah ditenggelami air..

laluan utama tok bok kuala krai ke machang ke KB telah ditemggelami air.. foto hari ini..

keadaan di pekan guchil kuala krai..


Rumah penduduk kg guchil kuala krai..
kalau tidak silap admin rumah ni rumah dah tinggi.. kalau rumah ini sudah macam ni admin tidak dapat bayangkan keadaan rumah-rumah lain.. sudah pasti tenggelam.. sama-sama kita doakan suapaya semuanya selamat..


0 comments:

Post a Comment