Minggu ini kami mahu ajak anda bersama-sama untuk membuat air detox bagi anda yang ingin berjinak-jinak untuk menurunkan berat badan mahupun mendapatkan kulit yang lebih cantik. Tapi jika boleh, amalkan minuman ini dengan konsisten, barulah nampak perubahan pada tubuh anda.
Untuk buat air detox ini mudah sahaja. Malah jika malas-malas pun anda boleh siapkan juga. Baik, kami senaraikan bahan dan juga cara-cara yang anda perlukan untuk buat air detox ini.
Kami memilih tembikai kerana ia merupakan agen anti penuaan di samping bagus untuk diet anda dalam mengurangkan berat badan serta kaya dengan serat. Jangan tidak makan pula tembikai yang anda buat itu..
Bahan-bahan yang terdapat di dalam air detox ini ialah:
Buah Tembikai (separuh pun sudah okay)
Daun Pudina
Lemon
500ml Air Sejuk
Mason Jar
Daun Pudina
Lemon
500ml Air Sejuk
Mason Jar
Kemudian, perkara pertama yang anda kena buat ialah potong terlebih dahulu tembikai yang anda agak-agak boleh masukkan dalam Mason jar
Setelah letak air sejuk, anda masukkan pula tembikai dan juga lemon. Nak padat atau tidak, terpulang pada anda..
Kemudian masukkan daun pudina. Jangan tekan dengan jari pula, guna sudu nampak senonoh dan bersih sikit
Kemudian simpan di dalam peti sejuk semalaman dan nikmatilah air detox anda dengan penuh kenikmatan..
Jika anda tidak mahu gunakan tembikai, anda boleh juga gunakan lemon dan juga timun. Kepelbagaian di dalam menghasilkan air detox ini membuatkan anda bebas untuk memilih buah-buahan kegemaran anda termasuklah durian. Okay, yang durian itu gurau saja
Sebagai alternatif lain, anda sebenarnya boleh gunakan bekas minuman biasa tapi lebih baik jika mulutnya luas kerana senang mahu masukkan bahan-bahan.
Jika anda masih lagi buntu untuk dapatkan idea untuk buat air detox, kami sediakan beberapa lagi gambar untuk memudahkan anda mendapatkan bahan. Amalkan setiap hari untuk mendapatkan kesan yang maksimum.
0 comments:
Post a Comment