Dalam kerancakan masa sekarang, kita banyak mendengar perubahan dan hijrah yang dilakukan oleh seseorang demi untuk memperbaiki kehidupan kita ke arah yang lebih baik.
Rata-rata dari kita, ternyata dan pastinya akan mendapat hidayah dari Allah S.W.T untuk melakukan perubahan yang baik.
Semuanya akan berlaku sama ada dengan cepat atau lambat yang kita sendiri tidak ketahui.
Kadang-kadang, apabila melakukan hijrah diri, kita perlu untuk memahami niat dan beberapa konsep yang diajar dalam agama Islam.
Bagi yang terdetik untuk mendalami ilmu agama dan ingin meninggalkan perkara yang buruk termasuklah dari segi pemakaian baju, itu sesuatu yang patut kita syukuri.
Itu adalah kisah ingin berhijrah.
Penulis terjumpa satu blog yang boleh dikatakan memalukan dan mengaibkan diri seseorang.
Di blog http://tudung-candid.blogspot.com/, terlalu banyak gambar yang dipaparkan yang boleh mendatangkan perasaan marah dan geram.
Semuanya adalah gambar wanita yang bertudung bermacam-macam jenis dan fesyen yang digayakan mengikut perkembangan zaman sekarang ini.
Terlalu banyak entri menulis tentang wanita yang bertudung ditulis beserta lengkap dengan gambar-gambar wanita bertudung.
Tajuk-tajuknya juga terlalu ‘pedas’ dan menusuk hati kalau dibaca.
Mungkin si penulis blog itu mempunyai niat untuk menegur wanita-wanita yang bertudung zaman sekarang untuk bertudung mengikut hukum Islam.
Cuma, bagi penulis, cara dan ayat yang digunakan adalah sama sekali tidak sesuai.
Malah, gambar-gambar yang ditangkap dan dimuat naik juga adalah secara ‘candid’. Jadi, mudahlah si penulis blog untuk menulis entri yang ‘tajam’ seperti itu.
Nak-nak lagi, menulis blog dan membuat blog itu adalah terlalu bebas diamalkan pada masa ini.
Jadi, bagi wanita-wanita yang diluar sana yang memakai tudung, sama-samalah kita mengingatkan diri kita tentang hukum-hukum cara bertudung dan berpakaian.
Supaya, tidak menjadi mangsa kritik bagi sesetengah pihak.
Yang baik itu datang dari Allah S.W.T, yang buruk itu lahirnya dari diri kita sendiri.
Ingat, sebelum terkena! Wallahu’alam.
Home
»
»Unlabelled
» Wanita Bertudung Anda perlu berhati-hati sebelum terkena
Saturday, September 27, 2014
Recent Posts
GEMPAR!!! INILAH ZAHID HAMIDI YANG SEBENAR!! Pendedahan Jenayah Ahmad Zahid Hamidi II: Gambaran Insiden Dari Laporan Polis
Pendedahan Jenayah Ahmad Zahid Hamidi II: Gambaran Insiden Dari Laporan PolisInsiden Pemukulan Amir ...Read more
FUH...!! Jom Terjah Koleksi Gambar Gadis Superbike Yang Pasti Membuatkan Lelaki Teruja
Semakin ramai wanita menceburi aktiviti ini jangan fikir lelaki sahaja yg menggemari aktiviti l...Read more
17 Gambar Rumah Mewah Chef Wan Yang Dihiasi Dengan Dekorasi Ala Barat
Siapa yang mengikuti Chef Wan, pasti tahu yang chef terkemuka ini sudahpun berpindah di rumah baru...Read more
11 FOTO Terkini Bekas Awek Zizan Yang Seksi, Mengancam & Cun Yang Pasti Membuatkan Lelaki 'Terpukau'
Sejak menyepi dari industri hiburan setelah putus hubungan cinta denga Zizan Razak, penyanyi lagu ...Read more
18 Foto Koleksi Anak Rosyam Nor Yang Sangat Cantik & Mengejutkan!!
Baru-baru ini Nur Anis ada hadir di Anugerah FFM bersama ayahnya Rosyam Nor. Dan mungkin ada yang ...Read more
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.