Friday, August 21, 2015

Bekas wartawan penyiaran TV3, Azrinaz Mazhar Hakim kini semakin menjadi tumpuan ramai terutama di majlis korporat mahupun majlis makan malam.

Tertarik dengan gambar yang dikongsikan olehnya di Instagram yang begitu anggun, mewah dan cukup bergaya.


Menggayakan rekaan baju-baju terkini dan warna yang sesuai dengan personalitinya membuatkan Azrinaz berada diliganya tersendiri.

Walaupun memegang status ibu tunggal, namun tidak menghalang dirinya untuk menceburi bidang keusahawanan dalam industri telekomunikasi iaitu Clixster Mobile.

Azrinaz yang memegang jawatan sebagai pengarah syarikat dan difahamkan pengguna talian Clixster telah mencecah lebih 200 ribu orang pengguna.

Teringat lagi ketika beliau membuat lintas langsung sebagai wartawan TV, boleh terpaku melihatnya yang petah berkata-kata dan menghuraikan fakta-fakta penting buat penonton.

Dengan kesempatan ini, dikongsikan kepada anda antara gambar-gambar Azrinaz yang mesra aksinya di depan kamera - Murai Batu.








0 comments:

Post a Comment