Friday, August 21, 2015

Lelaki Sakit Kepala Teruk Kerana Tonton Filem Lucah

 Bagi segelintir orang, menonton video lucah merupakan salah satu cara yang mampu melegakan tekanan.Namun, sebaliknya yang berlaku kepada seorang lelaki berusia 24 tahun di India.
Dia mengadu sakit kepala yang serius lantaran dari menonton video lucah.Maka, satu kajian telah dijalankan dan mendapati lelaki itu lebih cenderung mengalami sakit kepala yang serius setelah menonton video lucah dalam tempoh 10 minit atau lebih.
Kajian yang dilakukan di Universiti Guru Gobind Singh Indraprastha, New Delhi mendapati, sakit kepala yang dialami oleh lelaki itu begitu serius hinggakan dia sanggup berhenti dari terus menonton video lucah.
Namun, penyelidik mendapati sakit kepala yang serius itu tidak berlaku jika lelaki itu melakukan seks atau melancap.
Sebaliknya, berlaku apabila dia menonton video lucah. Sesuatu yang pelik.Tetapi dia juga berkemungkinan terlalu teruja hingga melebihi seseorang yang melakukan seks kerana tiada ‘pengakhiran’,” kata Dawn Buse, Professor Madya dalam bidang neurologi di Kolej Perubatan Albert Einstein yang juga Pengarah Jabatan di Montefiore Headache Centre di New York.
Mungkin itu penyebab utama dalam isu tersebut.Setelah selesai kajian, pakar neurologi membuat pemeriksaan dan mendapati lelaki itu sihat dan berada dalam keadaan normal

0 comments:

Post a Comment